TELUK SULAMAN IGAU-IGAUAN

Teluk Sulaman Igau-igauan

pegunjung datang pasti tertawan

perahu tambang penduduk tempatan

ramah mesra memberi perkhidmatan

Kampung Serusup jeti pengkalan

destinasi dituju Kampung Penimbawan

Teluk Sulaman indah menawan

tenang lautnya berkayu sampan

hutan bakau di kiri kanan

membiak ikan sumber nelayan

bukit menampan angin lautan

bayu bertiup menyegar fikiran

Meluncur tenang perahu tambang

teluk diredah, duduk berimbang

sepanjang jalan mengamit pandang

Gunung Kinabalu jelas terbentang

pengunjung datang tak lepas peluang

gambar diambil cantik direnung

Teluk sulaman teluk yang indah

kelahiran tokoh pemimpin ternama

wakil rakyatnya, menteri bijaksana

Sulaman membangun rakyat dijaga

kampung nelayan berubah rupa

Penimbawan tersusun, lengkap prasarana

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: