SEBUAH KEMERDEKAAN

Yang merdeka itu adalah negara

yang ada rukun dan perlembagaan

tempat bernaung dan berjuang raga

membina nusa membentuk bangsa

yang merdeka itu adalah bangsa

yang berdaulat dan bermaruah

berbudi bahasa beradab budaya

teguh pegangan hidup beragama

yang merdeka itu adalah agama

yang ada penganut beramalan mulia

berpandu  kitab suci dan rasul utusanNya

menjadi padoman menerang hidup manusia

Negara itu negara kita

bangsa itu bangsa kita

agama itu agama kita

merdeka itu adalah kita

kita merdeka menghalatuju negara

kita merdeka membangun minda bangsa

kita merdeka menerang cahaya agama

kitalah kalifah di muka bumi merdeka

kita mejunjung tonggak pemerintah negara

kita semarak merimbun bunga bunga bangsa

kita kibar jalur gemilang lambang kemegahan warga

kita daulatkan bahasa bangsa dan pegangan agama

kita laungkan suara merdeka sekuat tenaga

kita geggam tangan,  julangkan semangat waja

pacak di dada, tegak di minda,  tanam di jiwa

sebuah kemerdekaan negara, bangsa dan agama

kitalah yang mempertahankan kemerdekaan itu

menjadi milik bangsa sepanjang masa

M E R D E K A !  M E R D E K A !   M E R D E K A !

Ogos 2010

Tuaran, Sabah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: