RETORIK DI AIDILFITRI

Sesuci  lebaran  di Aidilfirti

bertawajuh semurni hati

bersalam salaman muhasabah diri

bermaaf maafan seikhlas nurani

menguak pintu mohon dikunjungi

tanda kesyukuran kepada ilahi

menjalin ukhwah ziarah menziarahi

membina ummah hormat menghormati

Aidilfitri kenapa harus dicemari?

rumah terbuka berperiuk api

menyirat agenda bersulam seni

menu utama daging saudara sendiri

Untuk santapan tetamu dan publisiti

perpaduan disemai bertusuk duri

Ukhwah dijalin bersirat benci

batu loncatan mengungkai provokasi

agenda peribadi retorik di Aidilfitri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: