KEMBARA WAKTU TERLEWAT

Maafkan aku…
mengetuk pintu kamar waktumu pada lewat jendela dinihari
ketika kau telah melabuh tabir malam dalam dekapan mimpi
aku singgahkan kembara tak berpeta dan kompas tak berpaksi
mengusik lenanya tidur mu dengan salam yang tak dimengerti

Maafkan aku…
tetamu yang tak di undang melajak langkah menyulam bitara hati
berlegar di ruang minda membuat mu sarat mengulam teka-teki
tersasar menghirup redup laman berkasih yang berpagar duri
melepas penjara bicara tanpa menitik noktakan kata nyalaan api

Maafkan aku….
melerai mimpi melayar mada ke laut dalam yang tak bertepi
membuat bahtera menghampiri jurang dalam berombak tinggi
mengalun badai kata memecah ombak bicara menghempas naluri
dan kita lemas seketika dilautan hati dibuai mimpi kesiangan hari
tersentak kembali berdiri tegak untuk berani menjadi diri sendiri
berpimpin minda arah bicara untuk melayar mimpi ke dunia realiti
bertekad untuk tidak melukakan sejarah kembara di kamar sepi

Maafkan aku …
melunjur kata bicara menyirat makna semilu hukum berbisa
tanpa terniat menyimpul tekad menusuk belati mada ke dada
menidak fitra berkasih yang berkunjung di laman minda
hadir selembut bayu diusir sepantas kilat mengilat cahaya
diluah sepahit hempedu dirasa setelah menghirup madunya

Maafkan aku….
jangan diluka sejarah ini hanya kerana tutur tidak bersambut
jangan diduka memori ini hanya kerana tangan tidak berjabat
jangan dinista hukum ini hanya kerana lidah tidak berdebat
jangan disalah bicara ini hanya kerana nada tidak sepakat
jangan ditangisi kembara ini hanya kerana waktu yang terlewat

By: Awang Bungsu @ Agus.M

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: