APA APA SAJA

Biar aku berkata apa-apa saja
mengikut irama hati di laman maya
tanpa ku peduli apa orang kata
kerana ku tahu resamnya meraka
mengata apa yang mereka tak suka
celupur tangan melacur kata
ghairah nafsu seraka melata
mengiur berahi minda terbuka
mangsanya generasi muda kita

Biar aku berkata apa-apa saja
dengan bahasa kesat makna
menabur leluasa fitnah durjana
mengikut alun gendang sengketa
hati luka mencuka duka di dada
atau berjenaka bersindir seloka
menuding pepatah meludah muka
orang yang kita tidak suka duduknya
atau kita tidak selesa menjadi diri kita
dan berbuat apa saja untuk membela
diri menjadi orang dipandang mulia
dan kitalah membuat orang tak suka kita

Biarkan aku berkata apa apa saja
menarikan kata-kata dipentas maya
mengata apa dirasa walau tiada betulnya
menterjemah dilaku dari sudut kaca mata
menaktah prasangka belaka tidak berfakta
kata jiwa tak serupa berita mengikut citarasa
mada lidah tak bertulang bertingkah debatnya
bersalam tangan berjabat tak bersambut rasanya
bicara tak berhakim hukum diputus tak membela
mengungkai fana fikir ke rimbunnya belantara
membelah bumi membuka angkasa kecilnya dunia kita

generasi ku maafkan aku kerana melata cerita
di depan fantasi melimpah ruah bah laman maya
khabar disebar luas ke pelusuk kota dan desa
dan apa-apa saja perstiwa berlaku depan mata
takala menguak jendela maya di hujung jari kita
kitalah yang bijak menyilat kata bertingkah kata

By ; Awang Bungsu @ Agus.m

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: