‘Ngelintar Raya’ Sahut Cabaran 1 Malaysia

Pemuda UMNO Tuaran menyahut cabaran pucuk pimpinan UMNO Bahagian Tuaran. Program sambutan hari raya telah dijadikan ‘flatform’ untuk merapatkan barisan kepimpinan pemuda UMNO Bahagian dengan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi untuk merealisasikan colgan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan yang diutarakan oleh Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak. Program sambutan hari raya yang dilaksanakan oleh Pemuda UMNO Kg. Gayang telah mendapat sokongan dan penyertaan yang padu daripada pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang diketuai oleh Sdr. Abdul Kassim Hj. Razali untuk sama-sama menjayakan program yang dinamakan  ‘Pemuda Ngelintar Raya’.

Program yang julung kali di adakan oleh pemuda UMNO Tuaran, telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Hajiji Hj. Noor selaku ketua UMNO Bahagian Tuaran. Program tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan telah dihadiri oleh lebih 1.000 orang penduduk kampung daripada Kg. Gayang dan kampung-kampung berdekatan khususnya Kg. Entulon, Kg. Batangan Baru, Kg. Karambunai Baru, Kg. Lepasan dan Kg. Terayong. Selaras dengan misi pemuda untuk merapatkan barisan kepimpinan UMNO Bahagian dengan kepimpinan di peringkat akar umbi, program tersebut juga turut dihadiri oleh AJK-AJK  UMNO Bahagian, Ketua-ketua UMNO cawangan, pengerusi-pengerusi JKKK, Ketua-ketua Kampung, Pemimpin Kemajuan Rakyat, pemaju-pemaju mukim, pemimpin-pemimpin masyarakat dari lain kampung.

Menterjemah makna yang tersirat disebalik program dan perkataan ‘ngelintar’ dalam bahasa Bajau yang membawa maksud berkunjung untuk mengakrabkan lagi hubungan keluarga atau sahabat handai dalam suasana santai dan harmoni, program ‘ngelintar’ telah mencapai beberapa objektif yang  menjadi matlamat pergerakan pemuda UMNO Tuaran. Di antara pencapaian secara langsung yang perlu diutarakan dalam program tersebut adalah seperti berikut.

pertama,  melalui program tersebut telah mengakrabkan lagi hubungan dan kesefahaman barisan kepimpinan bahagian dengan kepimpinan akar umbi dalam melaksanakan dan menjayakan program secara berkerjasama dengan rasa saling menghormati dan meyakini kemampuan di antara satu dengan yang lain . Kedua, program tersebut dapat memupuk  semangat perpaduan yang sudah sedia wujud di kalangan rakyat dengan pucuk kepimpinan bahagian yang menjadi kekuatan kepada parti.  Di samping itu program juga telah mengeratkan lagi perpaduan di kalangan barisan kepimpinan dengan pelbagai lapisan masyarakat secara umumnya dalam suasana harmoni.   Ketiga, program seumpama ‘ngelintar raya’ adalah ruang yang tepat bagi rakyat mendapat maklumat yang jelas daripada pucuk kepimpinan khususnya tentang program-program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha membangunkan negara dan rakyat secara keseluruhannya.

Di antara isi kandungan ucapan YB Datuk Hj. Hajiji Hj. Noor selaku ketua UMNO Bahagian dan Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah  menjelaskan program pendekatan mendampingi rakyat adalah penting bagi menjelaskan bukti kesungguhan dan keprihatinan UMNO sebagai parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional sentiasa komited  memperjuangkan nasib rakyat. Beliau seterusnya membidas sikap parti pembangkang yang hanya pandai memutarbelitkan fakta dan bermain dengan janji semata-mata.

Menyentuh tetang program yang dilaksanakan oleh pemuda, YB Datuk Hajiji Hj. Noor menyokong penuh program seumpama ngelintar raya dan berharap pemuda sebagai pemimpin pelapis dan mewarisi kepimpinan negara akan terus mendampingi generasi muda yang sering menjadi sasaran oleh pihak pembangkang untuk bersikap negatif terhadap kerajaan.

Selain program tersebut dijadikan sebagai saluran untuk menjelaskan perkembangan semasa yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha memajukan rakyat, program tersebut sebagai platform untuk menerapkan sesuatu yang bermenafaat terhadap rakyat untuk terus berusaha memajukan diri sendiri seperti penerpan  semangat rajin berkerja, bersatupadu dan mengutamakan pendidikan sebagai asas penting untuk membaiki taraf kehidupan keluarga. Seperti yang sering diperkatakan oleh YB Datuk Hajiji Hj. Noor “sebanyak mana pun bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat, kalau rakyat tidak berusaha untuk membaiki taraf kehidupan keluarganya, bantuan tidak akan mengubah nasib rakyat berkenaan kepada yang lebih baik”.

Sebenarnya banyak hikmah yang tersirat yang boleh dipelajari dalam program seumpama ‘ngelintar Raya’ yang telah dijayakan oleh pemuda, seperti mengwujudkan peluang-peluang perniagaan di kalangan masyarakat setempat dengan membina gerai-gerai berjualan makana dan minuman, memberi pendedahan kepada kepimpinan akar umbi untuk mempersiapkan diri melaksanakan program dengan masyarakat luar, memberi ruang untuk mengetengahkan bakat yang ada di dalam kampung kepada pemimpin dan masyarakat luar  untuk diketengahkan ke peringkat daerah dan banyak lagi.

Akhir sekali tahniah!! kepada pemuda UMNO Tuaran dan Pemuda Kg. Gayang.

1 Komen (+add yours?)

  1. aeSALNO
    Nov 16, 2009 @ 12:44:40

    cabaran sudah bersahut, sila2 lah berkunjung..
    http://www.suduplastik.blogspot.com

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: