Aidil Fitri Wadah Keinsafan

YB Datuk Hajiji Hji Noor  Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah selaku ketua UMNO Bahagian Tuaran menyeru masyarakat Islam menafaatkan perayaan Aidil Fitri sebagai wadah keinsafan membentuk akhlak mulia dan kesedaran umat dalam menempuh dunia tanpa sempadan. Beliau mengariskan tiga asas utama yang perlu ada untuk menjadikan sesuatu bangsa dan masyarakat  itu dihormati dan disegani oleh bangsa dan masyarakat  lai. Tiga asas yang perlu ada dalam setiap anggota masyarakat Islam  ialah rajin berusaha, meningkatkan pendidikan dan bersatupadu.

“ sebanyak mana pun bantuan yang diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat, kalau rakyat sendiri tidak berusaha melakukan sesuatu kerja yang boleh mendatangkan hasil, ianya (bantuan kerajaan)tidak akan mengubah nasib seseorang itu kepada yang lebih baik” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis perasmian Perayaan Aidil Fitri di Kg. Penimbawan Tuaran.

YB Datuk menjelaskan banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui pelbagai agensi kerajaan termasuk bantuan melalui jabatan pendidikan bagi membantu anak-anak yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran di peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Universiti  kerana pelajaran adalah asas kedua yang penting boleh mengubah nasib masyarakat seseuatu bangsa disamping wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat itu sendiri.

Sempena sambutan Aidil Fitri tahun 2009, tiga buah kampung telah menganjurkan  program sambutan hari raya. Kampung-kampung berkenaan ialah Kg. Penimbawan, Kg. Tajau dan Kg. Gayang yang dijayakan bersama oleh Pergerakan Pemuda UMNO Tuaran yang dikenali dengan Program Pemuda Ngelintar Raya pada  4 Oktober 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: