PKR Sulaman sampaikan sumbangan

Sdr. Johari Saiman Setiausaha UMNO Bahagian Tuaran yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat Sulaman menyampaikan sumbangan peribadi YB Datuk Hajiji Hj. Noor kepada penduduk Kg. Baru-Baru dan Kg. Lok Nunik. “Selaku seorang menteri yang bertanggungjawab kepada Negeri Sabah dan rakyat keseluruhannya YB Datuk Hajiji Hj. Noor  mempunyai program yang padat termasuk program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan yang lain yang memerlukan kehadiran beliau. Namun demikian selaku wakil rakyat sulaman dan Ketua UMNO Bahagian Tuaran pelbagai usaha dilakukan sebagai tanda ingatan dan terima kasih beliau kepada rakyat khususnya di Tuaran yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan beliau sebagai wakil rakyat dan ketua UMNO Bahagian Tuaran”  kata Sdr. Johari ketika berucap dalam majlis yang dianjurkan oleh Biro Agama UMNO Tuaran di Surau Kg. Baru-Baru dan Rumah Pengerusi JKKK Kg. Lok Nunuk.

Sdr. Johari Saiman selaku ketua rombongan menyampaikan salam ingatan tulus ikhlas YB Datuk Hajiji kepada semua penduduk dan berharap penduduk kampung berkenaan sentiasa mengamalkan kemaufakatan, perpaduan dan kehormonian yang wujud di kalangan penduduk kampung. “dengan adanya perpaduan dan kemaufakatan, kita dapat menwujudkan kehormonian dalam kontek satu masyarakat dan seterusnya dapat mengekalkan kerajaan yang benar-benar prihatin kepada rakyat yang direalisasikan oleh Kerajaan Barisan Nasional” katanya.

Pada majlis tersebut, Sdr. Johari selaku PKR Sulaman mengingatkan penduduk kampung supaya menyalurkan masalah penduduk kepada agensi kerajaan yang berkaitan dengan cara yang betul.  “saya memohon  kepada semua penduduk, sekiranya ada masalah kampung kemukakan kepada saya melalui kepimpinan yang ada di peringkat kampung yang dilantik oleh kerajaan atau kepada kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat selaku unit yang  dipertanggungjawabkan oleh YB Datuk selaku wakil rakyat untuk memantau dan menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan Sulaman ” katanya.

Majlis penyerahan sumbangan peribadi YB. Datuk Hajiji Hj. Noor yang dianjurkan oleh Biro Agama UMNO Tuaran  diketuai oleh Tuan Hj. Murni Hj. Lamsari. Pada pajlis tersebut seramai 60 keluarga di Kg. Baru-Baru dan 60 keluarga di Lok Nunuk menerima sumbangan bagi meringankan bebanan ketika menyambut hari raya yang bakal  tiba khususnya kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Rambongan yang mewakili YB Datuk Hajiji Hj Noor disajikan majlis merbuka puasa di rumah pengerusi JKKK Kg. Lok Nunuk. Turut hadir di majlis tersebut ialah AJK UMNO Bahagian Sdr. Nain Sidoh, Sdr. Rajat Kambar, Sdr. Musli Separ, Sdr. Ag. Bungsu Ag. Mattiasan dan Sdr. Musalin dan AJK Biro Agama UMNO Tuaran Tuan Hj. Madri, Tuan Hj. Kauli dan Tuan Hj. Idris Gilong, AJK Pemuda UMNO Tuaran Sdr. Matnor Hj. Ahmadrais serta  Kakitangan Unit PKR Sulaman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: