Naib Ketua UMNO Bahagian sampaikan sumbangan

Sepanjang Bulan Ramadhan YB Datuk Hajiji Hj. Noor Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah selaku Ketua UMNO Tuaran dan ADUN N.10 Sulaman padat dengan program dan Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Negeri Sabah dan kawasan Tuaran khususnya. “Namun demikian sebagai seorang wakil rakyat Sulaman dan Ketua UMNO Bahagian Tuaran  YB Datuk tidak lupa kepada penduduk Daerah Tuaran, tetapi  seorang menteri kerajaan negeri  beliau mempunyai  bertanggungjawab terhadap rakyat Sabah keseluruhannya” kata  Sdr. Jemani Hj. Basri Naip Ketua UMNO P.170 Tuaran ketika berucap menyampaikan sumbangan peribadi YB Datuk Hajiji Hj. Noor kepada penduduk Kg. Kindu dan Kg Betutai di Dewan Serbaguna kampung berkenaan.

Pada majlis tersebut Sdr. Jemani menyampaikan salam ingatan tulus ikhlas YB Datuk Hajiji kepada semua penduduk kampung  dan berharap penduduk  sentiasa mengutamakan perpaduan, kemaufakatan dan kehormonian masyarakat untuk terus mengekalkan kerajaan yang stabil dan kukuh. “ Kerajaan yang stabil dan kuat sahaja  yang  dapat  menjamin kesejesteraan rakyat dan pembangunan  Negara  yang berterusan yang direalisasikan oleh kerajaan Barisan Nasional. Kita jangan terpedaya dan mempertaruhkan nasib kita seperti beberapa negeri yang dipimpin oleh pakatan pembangkang  yang keadaan kepimpinan, masyarakat dan hubungan kaumnya tidak stabil dan sekarang ini rakyatnya mula menyesal” katanya

Sdr. Jemani juga berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan  keluarga ketika menyambut hari raya yang bakal tiba khususnya kepada penduduk yang kurang berkemampuan. Pada majlis penyerahan sumbangan tersebut di Dewan Serbaguna Kg. Kindu seramai 62 orang keluarga telah menerima sumbangan. Majlis yang sama juga telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg. Betutai. Seramai 50 orang telah menerima sumbangan yang sama.

Majlis penyerahan sumbangan peribadi YB Datuk Hajiji Hj. Noor telah dianjurkan oleh Biro Agama UMNO Tuaran yang diketuai oleh Tuan Hj. Murni Hj. Lamsari selaku pengerusi majlis. Turut hadir dimajlis tersebut ialah Setiausah UMNO Bahagian yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat Sulaman Sdr. Johari Saiman, AJK UMNO Bahagian Sdr. Nain Sidoh, Sdr. Rajat Kambar, Sdr. Musli Separ, Sdr. Ag. Bungsu Ag. Mattiasan, AJK Biro Agama UMNO Tuaran Tuan Hj. Madri, Tuan Hj. Kauli, Tuan Hj. Idris Gilong, AJK Pemuda Matnor Hj. Ahmadrais dan Kakitangan Unit PKR Sulaman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: