Kerana nila setitik……..

Walaupun Kerajaan Indonosia memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia di negara itu akan dilindungi daripada tindakan segelintir rakyatnya yang tidak berpuas hati berhubung isu tarian Pedet, seperti yang dinyatakan oleh Widyarka Ryananta, Kaunselor Menteri (Maklumat, Sosial dan Kebudayaan) Kedutaan Indonosia di Malaysia (Jalal Ali Abdul Rahman dan Ifwan Tun Tuah, B.H, 10 September 2009), namun sudah ada kebimbangan di hati rakyat Malaysia tentang keselamatan mereka khususnya 5000 pelajar Malayasia di sana. Kebimbangan tersebut bukan sahaja dirasakan oleh rakyat Malaysia di Indonosia, tetapi juga telah disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan konsep 1 Malaysia proaktif merealisasikan kepentingan rakyat berbilang kaum tanpa mengira latar belakang jantina, bahasa, bangsa, budaya dan agama berlandaskan Perlembagaan Malaysia termasuk menjaga kepentingan rakyat Indonosia di Malaysia.

Tindakan segelintir rakyat Indonosia yang menimbulkan beberapa isu seperti tarian Pendet, tuntutan gaji minimum RM800 dan membakar jalur gemilang adalah perbuatan yang sengaja mengeruhkan keadaan dan hubungan kekeluargaan yang wujud zaman berzaman di antara Indonosia dan Malaysia. Kalaulah kumpulan Bendera membuat demostrasi jalanan dengan membawa buluh runcing untuk mengugut dan bersedia untuk berperang dengan rakyat Malaysia kerana mengikut tarian Pedet yang berasal dari Negara mereka, mengapa mereka tidak membuat tindakan yang sama, mengadakan demostrasi jalanan, ganyang Malaysia, sapu Malaysia dan bakar Bendera Malaysia sebagai bantahan terhadap perbuatan segelintir rakyat Malaysia yang melakukan demostrasi jalanan yang juga terikut-ikut dengan budaya yang berasal dari negara mereka?

Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kalaulah Indonosia mempunyai warganegara dari kalangan suku bangsa seperti Jawa, Bugis, Banjar, Bajau dan sebagainya, Malaysia juga mempunyai suku bangsa yang sama yang menjadi warganegaranya. Indonosia dan Malaysia yang berasal dari satu rumpun bangsa dan budaya yang sama yang perlu diterima hakikatnya. Sebagai rakyat di kedua-dua buah Negara seharusnya kita sama-sama menjaga hubungan baik, saling berkerjasama dan tolong-menolang untuk mengekalkan keamanan dan mempertahankan kemerdekaan Negara di rantau ini dari berulangnya sejarah negara dijajah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: