Sekadar sebuah catatan perjalanan

Memori perjalanan ini saya paparkan untuk dikongsi bersama kepada pelawat blog yang sudi berkongsi pengelaman dan pengetahuan dengan saya. Sekadar satu catatan ringkas yang saya olah kembali untuk renungan menuju satu distenasi perjalanan yang pernah dikunjungi atau bakal dilawati oleh anda. Tiada apa yang luar biasa melainkan keinginan kita untuk mengetahui yang tersirat dan tersurat cerita orang biasa-biasa.

Tanggal 25 Mei 2009, tepat jam 9 .35 malam rombongan kami seramai 14 orang yang membuat lawatan ke Indonosia berlepas dari Lapaangan Terbang Kota Kinabalu mengunakan pesawat AirAsia QZ 7677. Penerbangan yang mengambil masa 2 ½ jam itu tiba di Lapangan Terbang Cengkarang Indonosia jam 11.10 minit waktu Malaysia. Oleh kerana perbezaan waktu 1 jam di antara Malaysia dengan Indonosia, waktu di Indonosia pada ketika itu ialah jam 12.10 minit pagi. Sesampainya di lapangan terbang, setelah selesai pemeriksaan kesihatan dan Imigeresen kami disambut oleh seorang rakan yang kebetulan sudah berada awal di Indonosia. Haji Amin, rakan yang juga mempunyai keluarga di situ telah mengurus segala perjalanan dan penginapan kami sepanjang 5 hari rombongan kami berada di Negara yang mempunyai penduduk terpadat di dunia dan yang ke 3 teramai di dunia selepas China dan India.

Jam 1.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke Kota Bandung dengan menaiki bas mini yang ditempah khas oleh Haji Amain untuk kami. Perjalanan secara terus dijangka memakan masa selama 3 jam. Perjalanan kami lebih dari waktu dijangkakan kerana kami perlu singgah mengisi perut yang sudah terasa kosong. Kebanyakan di antara kami tidak makan sewaktu dalam lapangan terban, mungkin saja kerana harga makanan dalam kapal AirAsia yang kami naiki itu agak mahal untuk orang-orang seperti kami.

Lebih kurang 1 jam perjalanan, kereta yang kami naiki membawa kami singgah di satu tempat persinggahan. Solaria Baksi Tol Timur, itulah nama tempat persingahan kami untuk mengisi untuk mengisi perut yang semangkin berkeroncong. Agak lama juga kami santai di medan makan itu menikmati makanan yang terdapat di gerai-gerai makanan itu. Robongan kami berpecah kepada beberapa gerai di medan itu mengikut citarasa masing-masing. Aku bersama 3 orang rakan yang lain memilih gerai berasingan dengan rakan-rakan yang lain. Kami masing-masing memesan makanan yang terdapat dalam menu yang diunjurkan kepada kami oleh pemilik gerai itu. Rata-rata di antara kami memesan soto iaitu makanan yang agak popular di medan makanan itu. Soal harga setiap makanan di gerai itu tidak meragukan kami. Ini kerana harga setiap makanan ada terpapar di menu yang disediakan oleh pemilik gerai.

Pada waktu itu kami baru sampai dan sudah tentu setiap di antara kami mempunyai wang yang sudah ditukar kepada rupiah yang banyak. Rata-rata di antara kami memiliki jumlah wang berjuta-juta rupiah setiap seorang. Kalau di Malaysia sebelum ini kebanyakan rombongan kami belum memiliki Ringgit Malaysia yang mencapai juta ringgit setiap seorang.“ Di sini kita menjadi jutawan” gurau seorang rakan yang semeja denganku.

Di Malaysia, jutawan sudah dianggap orang berada atau kaya. Tetapi di Indonosia, jutawan adalah orang biasa. Tukaran wang pada ketika itu ialah 2.990. Ini bermakna sekiranya kita mempunyai wang RM1,000.00 di tukar kepada Rupiah menjadi Rp 2,990,000.00.

Setelah selesai makan dan berehat dari perjalanan kami memanggil pemilik gerai untuk membuat bayaran. Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, pembayaran dilakukan oleh salah seorang di antara rakan yang duduk makan semeja. Namun oleh kerana kami berada di Negara orang dan harus berbelanja secara berhemah agar tidak timbul masalah sehingga berakhirnya lawatan seorang rakan mencadangkan agar membuat bayaran secara bersendirian,  cadang seorang rakan apabila saya meminta pelayan itu mengira semua makanan dan minuman yang kami makan.

Kami membuat bayaran masing-masing. Rata-rata di antara kami membuat bayaran di antara Rp30,000.00 hingga Rp50,000.00 setiap seorang. Kami menganggarkan setiap seorang dikenakan bayaran RM10.00 ke atas setiap seorang.

Jam 3.00 paqi kami meneruskan perjalanan ke Kota Bandung dan sampai ke sebuah hotel penginapan di kota itu jam 4.20 pagi. Hotel King Garden itulah nama hotel yang sederhana tempat kami menginap untuk dua malam dua hari di kota itu. Untuk menjimatkan perbelanjaan kami berkongsi 2-3 orang dalam satu bilik. Harga satu bilik untuk keluarga di hotel itu ialah Rp280,000.00 satu bilik. Setelah membuat penempahan bilik dan pembayaran tunai kami diberi kunci oleh pekerja hotel untuk masuk ke bilik masing-masing. 5 bilik semuanya untuk rombongan kami. Aku berkongsi 3 orang dengan rakan-rakan yang lain.

Kami dihantar ke bilik masing-masing. Agak sederhana besarnya bilik itu dilengkapi dengan kamar mandi, TV, penghawa dingin, almari baju, meja tulis bercermin, 1 katil kembar dan satu katil seorang. Aku berkongsi katil kembar dengan orang yang berpangkat pak cik kepada ku yang ikut dalam rombongan itu. Oleh kerana hari sudah subuh kami terus saja merehatkan badan dari perjalanan yang agak jauh dan lama. Kami terus tertidur setelah keletihan dalam perjalanan yang jauh dan lama.

Aku sebenarnya tidak dapat tidur lena seperti yang aku harapkan. Mungkin juga naluri dan jasadku memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri dalam situasi yang baru pertama kali aku datangi. Sebelum jam 7 pagi aku sudah bangun. Aku terus saja mandi kerana badan tidak rasa selesa setelah sehari suntuk dalam perjalanan yang jauh. Rakan-rakan sebilik ku juga merasa seperti apa yang aku rasakan. Selesai aku mandi satu demi satu rakanku masuk kamar mandi untuk untuk menyegarkan badan dengan air suam dalam kamar mandi bilik hotel itu. Setelah semuanya siap berpakaian, kami turun ke bawa dan mula meronda di kota Bandung.

Tarikh 26 Mei 2009,jam 7.30 pagi waktu Indonosia. Ini lah kota Bandung yang pertama kali aku datangti dan jejaki. Aku bersama dua orang rakan sebilikku mula keluar menyelusur kaki lima deretan bangunan Kota Bandung mencari kedai makanan untuk bersarapan.Kota Bandung jauh berbeza dengan kota-kota yang terdapat di Malaysia. Kota Bandung agak tumpat dengan bangunan yang bersusun lapis yang hanya boleh dilalui melalui lorong-lorong pejalan kaki. Di sini amat kurang bangunan yang bertingkat-tingkat atau tinggi. Mungkin factor alam seperti sering berlakunya gempa bumi menyebabkan penduduk kota bandung tidak mahu mengambil risiko dengan membina bangunan yang bertingkat-tingkat.

Sepanjang dua hari di kota itu banyak pengelaman dan pengetahuan yang boleh dikongsi bersama dengan masyarakat Indonosia yang tinggal di Kota Bandung. Seperkara yang boleh diteladani dari masyarakat Kota bandung ialah kegigihan masyarakat tempatannya berniaga di kaki lima atau berniaga di lorong-lorong bangunan kota itu. Pelbagai bentuk perniagaan dilakukan seperti berjualan makanan dan minuman, buah-buahan, pakaian, buku-buku, keraftangan dan bermacam-macam barangan boleh diperolehi di kaki lima. Kota Bandung juga mempunyai gedung-gedung pakaian batik dengan tawaran harga dan kuiliti yang tersendiri yang tidak terdapat di Negara Malaysia. Kebanyakan di antara kami menjadikan kain dan baju batik sebagai pilihan untuk kenangan di bawa pulang ke Malaysia.

Sepekara lagi yang menarik perhatian saya ialah sikap pemandu di jalan raya. Pada penglihatan saya pengunaan jalan rayanya kurang bersistem berbanding dengan kota-kota besar di Malaysia. Nnamun demikan sikap bertolak ansur yang tinggi dan kesefahaman yang serasi di kalangan pemandu dan penguna jalan raya yang lain menyebabkan aliran kenderaan yang bertali arus kelihatan lancar walaupun dalam keadaan jalan sesak dan sempit. Kenderaan keluar masuk begitu terkawal walaupun tidak teratur dengan hanya bantuan orang awam yang bertugas mengawasi setiap simpang keluar masuk dengan bayaran Rf1,000/ atau lebih kurang RM0.30 sen daripada pemandu yang mendapat perkhidmatan mereka . Sepanjang saya berada di sana, saya tidak mendengar hon kenderaan yang memanjang yang memberi isyarat kemarahan pemandu kepada pemandu yang lain atau pejalan kaki. Apa yang saya dengar hanya bunyi hon sekali sekadar memberi isyarat kenderaan masuk lorong atau isyarat menyedarkan pemandu yang lain.

Dalam masa yang singkat di kota Bandung kami mengambil kesempatan melawat tempat-tempat menarik di luar Kota. Satu tempat peranginan yang kami kunjungi ialah kawasan gunung berapi yang mengambil masa perjalanan 1 jam dari kota itu. Sepanjang perjalanan kami disajikan kegigihan penduduk Negara itu mengusahakan tanah-tanah mereka dengan pelbagai hasil pertanian seperti padi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sepanjang perjalanan ke kawasan gunung berapi di pinggir kota itu saya tidak melihat tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan. Hampir setiap inci tanah di luar kota itu diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman. Mungkin juga kerana tanah yang subur dan Negara itu mempunyai penduduk yang ramai menjadikan mereka tidak mengsia-siakan setiap inci tanah untuk terus berjuang dan bersaing dalam kehidupan penduduk yang padat.

Di puncak gunung berapi kami menikmati keindahan fenomena alam anugerah Tuhan. Gaung atau kawah gunung yang pernah memuntahkan lahar berapi dari perut bumi menjadi sajian dan tontonan para pengunjung dalam dan luar Negara. Kami yang dianggap pengunjung luar Negara menjadi sasaran untuk memasarkan barangan keraftangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan sebagai kenangan. Bagi saya bukan barangan itu yang menarik perhatian saya, tetapi sikap penjual atau peniaga barangan keraftangan itu yang tabah dan gigih memasarkan keraftangan mereka kepada orang asing atau pengunjung kawasan itu yang ada kalanya merimaskan dan menghilangkan keseronakan pengunjung ke pusat peranginan itu. Namun itulah hakikat yang kita lihat.

Pemandangan bangunan-bangunan kedai di Kota Bandung dari atas sebuah hotel

gambar kenangan penulis sewaktu di punca gunung berapi di pinggir Kota Bandung

 

 

1 Komen (+add yours?)

  1. aeSALNO
    Oct 20, 2009 @ 13:41:42

    sori nak tanya sikit.
    lawatan ini untuk apa tujuannya?
    bersama kakitangan MDT n Pejabat Daerah kan?
    MDT n Pejabat Daerah, baru menang pakej percutian kah?
    ekekeke

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: