Majlis Berbuka Puasa wadah pemimpin dampingi rakyat

BULAN RAMADHAN bulan yang mulia. Bulan yang penuh berkat, yang memiliki keistemewaan yang tersurat dan tersirat melebihi bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan bulan umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadat puasa secara wajib, solat sunat tarawih, tadarus Al-Quran, membayar zakat dan bersedekah adalah amal ibadat yang dituntut oleh Allah S.W.T sempena bulan Ramadhan.

Dalam kelender para pemimpin khususnya umat Islam, Bulan Ramadhan adalah ruang terbaik untuk dimanafaatkan dengan program-program amal ibadat seperti majlis berbuka puasa, bersedekah dan solat sunat tarawih bersama pemimpin-pemimpin Negara, negeri dan masyarakat di akarumbi serta rakyat di kawasan berkenaan secara amnya untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan dan tempat-tempat beribadat khususnya masjid dan surau. Bagi program yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin parti khususnya parti UMNO Bahagian atau dengan kerjasama jabatan kerajaan berkaitan, tidak dapat dinafikan memberi impak yang amat baik kepada perpaduan umat Islam keseluruhannya. Dengan adanya majlis berbuka puasa, pemimpin bukan saja dapat mendampingi rakyat peringkat akarumbi, tetapi dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ukwah Islam di kalangan pemimpin dengan pemimpin dan pemimpin dengan rakyat.

YB Datuk Hajiji Hj. Noor selaku Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dan Ketua UMNO Tuaran mempunyai program yang padat sepanjang bulan Ramadhan untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan sembayang sunat tarawih di luar dan di kawasan Tuaran yang dianjurkan oleh Parti UMNO Negeri, Bahagian atau jabatan kerajaan seperti seperti Majlis Berbuka Puasa UMNO di beberapa Zon Beaufort, Keningau, Kota Merudu, Sandakan dan Tawau. Majlis ini juga dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO dari lain-lain Bahagian termasuk tetamu kehormat YAB Datuk Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah yang menunjukkan perpaduan di kalangan barisan kepemimpin UMNO negeri dan negara.

Di Tuaran YB Datuk Hajiji Hj. Noor selaku ketua UMNO Bahagian Tuaran telah terlibat secara langsung dalam beberapa program majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Biro Agama UMNO Bahagian Tuaran dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan seperti JASA, JHEAIS dan JHEAIM. Pada majlis tersebut YB Datuk Hajiji selaku pemimpin yang prihatin kepada rakyat telah memberi sumbangan peribadi khususnya kepada orang-orang yang kurang berkemampuan dan kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti ibu-ibu tunggal, orang-orang tua dan anak-anak yatim .

Di antara majlis berbuka puasa yang dianjurkan di Tuaran ialah Majlis Berbuka Puasa bersama AJK UMNO (Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri), Majlis Berbuka Puasa dengan YB Datuk Shafie Afdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia), Dato’ Mukriz Tun Mahathir ( Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia ), berbuka puasa dengan masyarakat Islam Pekan Kiulu, Kg. Termenung, Kg. Dungun, Kg. Rugading, Kg. Serusup dan beberapa kampung lain dalam daerah Tuaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: