Tamu di Sabah Pendahulu 1 Malaysia

TAMU merupakan hari yang telah ditentukan sebagai hari pertemuan kuminiti setempat dalam satu-satu daerah untuk berjualan atau membeli barang-barang keperluan harian. Ianya telah wujud di setiap pekan di Negeri Sabah. Hari Tamu biasanya diadakan pada hari Ahad yang juga dikenali sebagai Hari Minggu. Terdapat juga pekan-pekan yang mengadakan Hari Tamu pada hari biasa seperti Pekan Telipok, Pekan Tenghilan, pekan Kiulu dan beberapa pekan lain Tamu diadakan pada Hari Khamis. Pekan Tampaluri diadakan pada setiap Hari Rabu. Selain dari hari- hari yang telah ditetapkan oleh komuniti setempat, terdapat juga Hari Tamu diadakan berdasarkan bilangan hari-hari tertentu seperti Tamu Menggatal dan Inanam diadakan selang 10 hari sekali. Walau hari apa pun tamu diadakan, ianya tetap mendapat sambutan di kalangan masyarakat sebagai hari pertemuan untuk memasarkan barangan dan hasli usaha penduduk setempat, samaada hasil pertanian, hasil nelayan atau barangan-barangan yang lain yang boleh diperniagakan. 

Konsep perdagangan ala Tamu adalah di antara factor yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk perpaduan dan kehormanian di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Negeri Sabah. Hari Tamu adalah hari penting bagi masyarakat petani dan nelayan untuk memasarkan hasil pertanian dan  hasil tangkapan mereka. Begitu juga barangan lain yang dihasilkan oleh orang perseorangan atau berdasarkan etnik. Orang-orang Bajau biasanya berjualan hasil laut seperti ikan, ketam, kerang, siput dan sebagainya. Etnik Dusun akan memasarkan hasil perolehan dari hutan atau pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Masyarakat yang tinggal berhampiran dengan pekan akan berjualan kueh-mueh. Orang-orang cina secara rutinnya memasarkan barangan runcit dan sebagainya. Dalam konsep Tamu perbagai etnik saling memerlukan sebagai pelanggan kepada jualan mereka atau berlakunya konsep pertukaran barangan di antara petani dengan nelayan selain daripada masyarakat luar yang datang semata-mata untuk berbelanja atau untuk membeli barang yang biasanya sukar diperolehi dari kedai pada hari-hari biasa.

 Oleh kerana Hari Tamu diadakan dalam masa yang terhad dan urusniaga dalam masa yang singkat, biasanya hanya berlaku pada sebelah pagi hari Tamu, para peniaga perlu bersikap kteatif, mesra dan hormat terhadap setiap pelanggan dan sentiasa bertolak ansur kepada usaha tawar-menawar yang dibuat oleh pelanggan. Sikap mesra, hormat dan bertolak ansur yang berlaku semasa jual beli ditamu telah membuat pembeli dan penjual saling kenal mengenal terutamanya yang sering menjadi pelanggan tetap. Selain daripada itu para penjual sendiri juga saling kenal mengenal walaupun dari kampung-kampung berlainan. Perstiwa-perstiwa yang terbentuk di kalangan pengunjung tamu samaada penjual atau pembeli secara tidak langsung telah membentuk perpaduan di kalangan masyarakat setempat dan pengunjung tamu dari daerah-daerah yang lain. Kewujudan tamu-tamu di setiap pekan yang begitu popular di kalangan masyarakat Sabah, tidak dapat dinafikan adalah di antara factor yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk satu masyarakat Sabah yang terdiri dari pelbagai etnik yang boleh dianggap sebagai pendahulu kepada konsep 1 Malaysia yang dilaungkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: