Kerajaan Prihatin

ISNIN. Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin terhadap semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kata YB Datuk Hajiji Hj. Noor Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah semasa berucap di majlis penyampaian Bantuan Program Pembasmian Kemeskinan Bandar (PPKB) di Dewan Serbaguna Taman Perumahan Sri Rugading,  Tuaran. Pada masa yang sama YB Datuk Hajiji juga mengingatkan rakyat yang memiliki rumah melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak menyewakan kepada orang lain dan sekiranya terdapat  perkara seumpama itu, pemilik berkenaan akan diambil tindakan dengan melucutkan hak penyewaannya.

Pada majlis itu seramai 357 orang penduduk di perumahan Taman Sri Rugading dan Taman Telipuk Ria telah menerima bantuan PPKB bagi tahun 2008.

Sebelum itu Pegawai Daerah Tuaran Aawang Shamsi Hj Jamih selaku pengerusi penganjur program menjelaskan masih ramai penduduk yang tinggal di taman perumahan berkenaan  yang layak tetapi borang yang diisi yang diserahkan kepada jabatan kebajikan tidak lengkap.  Beliau juga menyelar sikap penduduk walaupun borang telah lama diedar tetapi dikembalikan pada saat-saat akhir tempoh penyerahaan borang yang telah ditetapkan. Ini menyukarkan proses penyemakan penerimaan kerana penyerahan pada hari terakhir terlalu ramai. Pegawai Daerah menasihatkan penduduk supaya mengisi borang dengan lengkap dan menghantarnya ke pejabat kebajikan Tuaran seawal-awalnya.

Para Pemimpin masyarakat daerah Tuaran dan penduduk taman perumahan berkenaan yang turut  hadir dalam majlis tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: