Kg. Mengkabong

 

Kg. Mengkabong sebuah perkampungan nelayan di atas air yang sering menjadi daya tarikan pelancongan, kini mendapat pembelaan kerajaan Barisan Nasional melalui program penimbusan /penyusunan semula Kg. Mengkabong yang menelan belanja RM80 juta. Penyusunan semula Kg. Mengkabong menjadi agenda perjuangan YB Datuk Hajiji Hj. Noor untuk terus memajukan masyarakat di kawasannya tanpa mengira agama dan bangsa.

11 Komen (+add yours?)

  1. aeSALNO
    Oct 19, 2009 @ 04:23:13

    Assalammualaikum WRT. WBT. Salam Satu Malaysia…
    Dengan semangat baru dan jiwa yang baru, saya seru kepada ahli UMNO di Tuaran khasnya, agar mengamati dan mendalami amanat presiden kita pada perhimpunan agung yang lepas. Secara jujur saya begitu tersentuh dengan amanat presiden parti. Perubahan perlembagaan UMNO sudah menjadi realiti, sekarang giliran peringkat bahagian dan cawangan pula yang perlu mengadaptasikan amanat yang saya lihat begitu telus untuk menyelamatkan UMNO. Berkenaan respon dari tuan berkenaan komen yang saya buat tempoh hari, saya akan kupas satu persatu, perenggan demi perenggan, setiap bait ayat dan perkataan yang tuan tulis, sepertimana yang tuan syorkan pada saya, agar tidak terlepas mana-mana perkataan atau ayat penting. Walaupun saya lihat isu ini sudah tidak patut dibincangkan selepas beberapa buah rumah baru telah hampir siap dibina dalam projek penyusunan semula Kampung mengkabong. Dengan lafaz kalimah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..izinkan saya mengulas respon tuan..
    1) ALLAH SWT menganugerahkan AKAL untuk kita berfikir, bagaimana kita gunakan AKAL, itu terpulang pada kita. Minta maaf kalau saya katakan, dengan sekadar melihat dan merasa isu sekitar daerah Tuaran, rasanya itu bukan tahap tuan sebagai golongan yang terpelajar. Sepatutnya, tuan mencari mana-mana kekurangan dan kelemahan kerajaan, untuk diperbaiki. Apabila telah diperbetulkan segala kelemahan, nah! Di situlah, kekuatan UMNO sebagai kerajaan akan semakin utuh dan kukuh di mata rakyat. Pujian memang penting, tapi kadang-kadang pujian tidak akan membuka mata untuk menjadi lebih baik. Kalau saya YB Datuk Hj. Hajiji Bin Hj. Noor, saya kurang senang dengan pujian yang melimpah-limpah, sesekali kena ada yang membangkang, baru jadi kuat! macam orang putih kata, HUMAN IS NOT PERFECT!! “MEMUJI SEORANG SAMA SEORANG ITU AMPUH NAMANYA, MENGEJI DI KHALAYAK RAMAI, ITU CABARAN NAMANYA. SEBAB ITU, PUJIAN ADALAH RACUN, CACIAN ITU PENAWAR”

    2) Saya berpendapat, untuk mengubah masyarakat, organisasi kepimpinan perlu terlebih dulu berubah. Sistem gerak kerja setiap organisasi kepimpinan yang sebenarnya yang mengatur bagaimana masyarakat mampu berubah. Jika sistem ini masih macam dulu, macam tu jugalah keadaan masyarakat kita. Tahniah juga kepada tuan, kerana memberi respon.

    3) Istilah yang tuan gunakan itu seperti memberitahu bahawa tuan sebagai orang UMNO yang bermentalitikan pembangkang. Sebabnya, tuan terus dengan pendapat tuan berkenaan projek tersebut, tanpa mengambilkira pandangan saya, bagaimana projek ini boleh menjahanamkan masyarakat, bukan saja masyarakat mengkabong malah masyarakat setempat. Saya minta tuan tunjukkan data yang menunjukkan bahawa sebahagian orang mengkabong bukan lagi nelayan, tapi tuan gagal. Kalaupun benar sebahagian orang mengkabong bukan lagi nelayan, sebahagian lagi yang bergantung hidup dengan pekerjaan nelayan, bagaimana untuk dijelaskan? Sebab itu, berdasarkan penjelasan saudara, saya tidak yakin projek itu matlamat majornya adalah untuk masyarakat. Saya lihat kepentingan masyarakat sekarang ini khususnya di Tuaran, hanya untuk dijadikan dinding yang menutup mata masyarakat terhadap usaha individu untuk mencapai kepuasan dan kepentingan peribadi atau kumpulan.

    4) Saya tetap dengan pendapat saya, bahawa minda pembangkang seperti yang tuan istilahkan ada dalam diri tuan tanpa tuan sedari. Sebab itu saya risau kalau-kalau pemikiran sebegini menguasai ahli-ahli UMNO, UMNO akan hancur. Rasanya tuan pun perlu membaca dengan teliti komen-komen pengunjung blog tuan, saya takut kalau-kalau ada ahli pembangkang yang berkunjung dan mengesan tahap pemikiran tuan tidak sebagus mereka. Sebabnya, yang saya maksudkan pemikiran seperti tuan ini yang membawa kehancuran, bukan diri tuan, seperti tuan katakan. Seperti yang saya katakan tadi, kepentingan individu adalah yang paling tinggi grafnya dalam projek tersebut. Itu jelas. Minta maaf sekali lagi, selepas perlembagaan UMNO diubah, saya rasa tuan juga perlu berubah. UMNO perlukan ahli yang memberi pendapat dan pandangan yang jelas bukan lagi ahli yang mengangguk-angguk dan mengeleng-geleng kepala tanpa sebab yang munasabah. Sebab itu, YB presiden parti, mahu UMNO membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda. Sebabnya golongan muda lebih aggresif. Membantah dan memberi pendapat. Baru UMNO boleh jadi kuat! Bukan untuk mengangguk sepanjang masa! Saya tahu itu perjuangan YB. Datuk Haji Hajiji dan Kerajaan Barisan Nasional, sebab itu saya rasa saya perlu beri pendapat. Berkenaan dengan tegahan saya kepada tuan, saya beranggapan, sepatutnya sebelum dimulakan projek ini, pihak-pihak yang bertanggungjawab membuat satu program yang mendengar pendapat keseluruhan masyarakat mengkabong dan setempat, bukan hanya Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JKKK sahaja. Sudah ada ramai yang terpelajar di Mengkabong yang mengatasi pemikiran ketua kampung dan pengerusi JKKK di sana. Sekarang projek dah hampir sampai fasa 3, mahu sembang apa lagi. Itu yang saya maksudkan. Takkanlah golongan terpelajar mcm tuan, tak faham-faham. Kalau setakat menggunakan media moden, masih belum boleh dianggap berminda terbuka… masih banyak indikator yang boleh digunakan untk menilai keterbukaan minda kita.. dalam soal ini, yang terbuka hanyalah media, bukan tuan.

    5) Tuan kata keliru dengan pendapat saya yang mulanya pro dan akhirnya kontra… itu maknanya tuan tak faham dengan istilah yang tuan sendiri cipta..minda pembangkang..sebelum ini tuan kata, “ADA SAJA PENDAPAT YANG BERCANGGAH ATAU TIDAK SEPENDAPAT DALAM SATU-SATU PERKARA ATAU ISU MUNGKIN JUGA MELIHAT DARI SUDUT BERLAINAN LALU MENGATAKAN PANDANGANNYA YANG BETUL DAN MENIDAKKAN PENDAPAT ORANG LAIN. ADA JUGA ORANG YANG TIDAK ADA PENDAPAT TETAPI KERJANYA HANYA MENENTANG KERJA ATAU PENDAPAT ORANG LAIN”. Kalau tuan boleh guna mata hati dan jiwa tuan dalam-dalam, mungkin tuan pun setuju yang saya tidak ada pemikiran pembangkang seperti yang tuan istilahkan sebelum ini. Sebabnya, saya menyokong perubahan tapi dalam konteks yang lain, perlu ada sistem yang lebih baik untuk menyelaras, bukan seperti projek yang tiada PAPAN TANDA!! Sekarang ini cuba tuan fikir dalam-dalam dan renungkan adakah saudara pejuang parti yang sebenar-benar pejuang yang boleh dinamakan pejuang? Atau paling tidak pun, sekiranya UMNO jatuh, mampukah tuan pertahankan tindakan UMNO dalam ruang yang paling kecil sekalipun iaitu peringkat cawangan atau kampung tuan? Saya risau golongan pemuda yang sebaya saya akan menggalas beban yang dicipta oleh golongan terdahulu.
    Terima kasih atas respon dan pandangan tuan terhadap komen saya, semoga dengan pertelingkahan lidah seperti ini akan dapat menguatkan UMNO sebagai parti yang memayungi kita. Sekiranya diteliti bait-bait ucapan YB presiden, saya yakin akan ramai lagi golongan pemuda akan setia dengan UMNO, seterusnya cemerlang dalam PRU akan datang. Sama-sama kita berdoa. wALLAHualam.
    “DAN HENDAKLAH TAKUT KEPADA ALLAH, ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN DI BELAKANG MEREKA, ANAK-ANAK YANG LEMAH, YANG MEREKA KHUATIR TERHADAP KESEJAHTERAAN MEREKA. OLEH SEBAB ITU, HENDAKLAH MEREKA BERTAKWA KEPADA ALLAH DAN HENDAKLAH MEREKA MENGUCAPKAN PERKATAAN YANG BENAR” (Surah An-Nisaa’ Ayat 9)

    Balas

    • jomotuaran
      Oct 20, 2009 @ 11:51:43

      Selamat datang ke blog saya saudara. Terima kasih atas respon saudara yang bersemangat untuk menerapkan pemikiran songsang saudara kepada saya yang saudara anggap minda lapok khususnya terhadap pandangan peribadi saya terhadap projek penimbusan dan penyusunan semula Kg. Mengkabong. Sebelum saya memberi respon terhadap komen saudara, saya ingin berkongsi satu cerita tentang tiga orang saudara baru ( Mualaf) yang baru belajar sembahyang dari seorang Pak Imam. Ceritanya begini, sesudah mereka diajar tertib dan bacaan-bacaan dalam sembahyang mereka pun sembahyang berjemaah mengikut Pak Imam tersebut. Semasa mereka berjemaah, dua orang di antara mereka sedang bercakap-cakap. Pak Imam menoleh dan menegur mereka “jangan bercakap”. Seorang lagi rakan mereka yang diam menjawab ” Saya tidak bercakap Pak Imam”.

      Saya kisahkan cerita di atas sebagai respon terhadap permintaan saudara untuk tidak membincangkan lagi perkara yang sudah berlaku. Namun disebalik permintaan itu, banyak perkara yang saudara timbulkan yang memerlukan respon dari saya. Saya tidak menghalang saudara untuk memberi respon semula terhadap respon ini kerana itu hak saudara. Saya sekadar menjelaskan beberapa perkara yang saudara sarankan kepada saya. Saya tidak berhasrat untuk mencari kebenaran dengan saudara kerana saya mentaliti pembangkang kepada pemikiran songsang seperti saudara. Itu pendirian saya yang jelas dan tegas. Bezanya, saya tidak mengatakan pendapat peribadi saya sebagai pendapat umum. Tidak seperti saudara yang beria-ia menyarankan orang lain menerima pendapat saudara. Saudara begitu ego dan emosional mempertahankan pendapat saudara kepada saya. Namun sebagai tetamu kepada blog saya, saya layan saudara tetapi saya tidak terima saranan saudara kepada saya walaupun saudara seorang yang terpelajar.

      Sebelum saya memberi respon terhadap saranan-saranan peribadi saudara kepada saya, ingin saya perkenalkan diri dari sudut kerjaya saya. Menulis di media bukanlah perkara baru dalam hidup saya. Saya mula menulis dalam pelbagai genre penulisan sejak 1986 lagi. Berdasarkan pembayang usia saudara yang tertera pada eMail saudara lahir pada tahun 1985. Pada ketika itu usia saudara 1 tahun saya sudah mula menulis. Kerja mengeritik juga tidak asing bagi saya, saya pernah menjadi pengulas cerpen di akbar Borneo Mail pada tahun 1990an. Penulisan bukan lagi asing bagi saya. Percambahan fikiran dan perkongsian pengetahuan di media pernah menjadi asam garam kehidupan saya. Cuma saya sudah lama tidak menulis dan kembali menulis dalam media baru iaitu blog. Saya tidak mengatakan diri saya pada tahap sudah matang dan bukan orang yang berpendidikan tinggi seperti yang saudara sangkahkan. Tetapi jiwa saya sentiasa peka dan berpandangan positif terhadap perkembangan yang berlaku di persekitaran saya.

      Saudara orang muda, berdasarkan pengamatan saya pada pendapat dan komen saudara ditambah dengan faktor umur, saudara seorang lepasan universiti, sekurang-kurang pemegang izajah. Tahniah kerana ingin menterjemah ilmu yang saudara perolehi kepada orang seperti saya dan masyarakat secara umumnya. Terus terang saya katakan, komen saudara agak emosional berbaur keegoan. Bagi saya itu satu perkembangan yang baik, sekurang-kurangnya menguji ketahanan minda saya mendepani pemikiran-pemikiran songsang seperti saudara. Pepatah mengatakan ‘Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’. Saya tahu apa yang saya tulis dan bertanggungjawab terhadap apa yang saya katakan. Saya yakin saudara juga mempunyai pengetahuan serupa.

      Menyentuh komen saudara terhadap saya. Saudara mengatakan hanya sekadar melihat dan merasa isu sekitar Daerah Tuaran, rasanya bukan tahap saya sebagai golongan terpelajar. Begitu ceteknya pandangan saudara terhadap pendapat orang lain. Tuaran bukan hak saudara. Siapa pun berhak bercakap (menulis), yang penting ada rasa tanggungjawab terhadap apa yang dikatakanya. Saudara juga menyarankan saya mencari mana-mana kekurangan dan kelemahan kerajaan untuk diperbaiki. Nampaknya saudara terlalu gahirah untuk menjadi pemimpin kepada orang-orang seperti saya. Saya mohon maaf, saya menjadi ahli parti yang saya dokong ada prinsif perjuangan sendiri. Tak perlulah saudara menyusahkan diri, menyongsang pemikiran waras saya. Saya bukan memikirkan orang seperti saudara, tetapi masa depan anak bangsa saya yang tahu berterima kasih kepada pemimpin dan kerajaan.

      Saudara mengatakan ‘Human is not perfect’ saya akui kenyataan saudara kerana kesempurnaan itu adalah sifat Allah S.W.T. Selagi seseorang itu bergelar manusia ia tidak bersifat sempurna. Saya menulis apa yang saya lihat dan menterjemah apa yang saya rasa. Bagi saya mengeji adalah perbuatan syaitan dan memuji adalah sifat rendah diri seseorang, apa lagi orang yang dipuji itu adalah pemimpin yang telah banyak berjasa kepada rakyat, agama dan negara. Dalam soal ini saya menyongsang pendapat saudara mengatakan mengeji (pemimpin) dikhalayak ramai adalah cabaran, memuji adalah racun dan mengeji adalah penawar. Mudah-mudah saudara ditakdirkan menjadi pemimpin yang sentiasa dicemuh dan dikeji dikhalayak ramai seperti pendapat yang ada pada saudara.

      Perkara ketiga dalam komen saudara seperti orang termakan lada, pedasnya terasa membuat saudara menyerang secara peribadi saya.

      perkara keempat, saudara tidak perlu risau tentang diri saya. Saya berani bercakap dan bertanggungjawab terhadap apa yang saya kata kerana saya tahu etika penulisan. Kadang-kadang terfikir juga oleh saya untuk mengabaikan saja saranan saudara, kerana ianya tidak pada saluran yang betul. Tetapi memikirkan saudara sebagai tetamu saya, takut pula dikata tidak beradat. saya risau juga saudara tidak dapat mengawal emosi mendepani pemikiran lapok saya kerana saudara seorang yang berpendidikan.

      Perkara ke lima. Saya cabar saudara keluarkan kenyataan-kenyataan yang saudara lemparkan kepada saya, yang pada pendapat saya tidak berasas ke media awam atau blog saudara. Saya berani katakan tuduhan saudara berunsur fitnah terhadap pemimpin tertentu. Saudara mengatakan ‘projek ini hanya dijadikan dinding yang menutup usaha individu untuk mencapai kepuasan dan kepentingan peribadi atau kumpulan’. dan beberapa lagi kenyataan saudara yang berunsur fitnah. Buktikan kenyataan tersebut bagi membolehkan pihak berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya.

      Akhir sekali, kalau nak rasa kopi pak belalang sila-silakan datang.

      Balas

      • aeSALNO
        Oct 21, 2009 @ 14:55:41

        Assalammualaikum WRT. WBT.
        Respon saya kali ini mudah saja.. rasanya tak perlu respon panjang lebar sampai bercerita hal-hal yang tak berkenaan.. kita tunggu dan lihat apa yang berlaku di Mengkabong..
        Berkecimpung dalam bidang penulisan selama lebih 20 tahun, satu yang boleh dianggap menarik. Cuma terdetik dalam hati saya, ini saja kah standard penulisan orang yang telah bergelumang dengan dunia penulisan selama lebih 20 tahun? Saya minta maaf kerana sedikit kurang ajar. Saya ingin bertanya sikit, selama lebih 20 tahun itu, penulisan dalam bidang apa yang tuan terlibat?
        Saya menghormati tuan, sebagai orang yang terdahulu, atau mungkin layak untuk saya panggil “pakcik”. Saya simpulkan secara mudah, terlalu banyak persoalan yang saya utarakan yang tuan tidak jawab langsung pun. Ini yang buat hati muda saya berfikiran : “ekeleh.. “. Hancur hati saya, bila respon yang tuan berikan tidak menepati skema pemikiran saya. Kalau boleh disamakan dengan soalan peperiksaan, “Buat karangan tapi keluar tajuk”. Saya harap tuan faham.
        Saya harap tuan dapat bezakan cara berfikir antara orang muda dengan orang terdahulu macam tuan. Dan mengerti dan terus memahami kenapa YB Presiden bersungguh2 mahu orang muda lebih ramai mendapat tempat dalam parti UMNO.
        Untuk pengetahuan tuan, saya memberi komen dan kritikan beserta dengan sebab dan pendapat sekali. Tapi tidak dengan komen tuan yang saya lihat membawa hujah2 yang ntah apa2. Dari pemikiran pembangkang kepada pemikiran songsang. Saya pun kurang faham. Sepatutnya tuan lebih memberi respon terhadap komen utama yang saya berikan. Dan saya pasti, inilah contoh bagaimana seorang itu boleh dikatakan menuduh dengan membabi buta. Tapi saya tidak salahkan tuan dalam soal ini, mungkin tuan tidak begitu teliti membaca dan gagal mengesan mesej yang saya cuba sampaikan, maklumlah membaca ni berbeza dengan dunia penulisan yang tuan sudah lebih 20 tahun terlibat.
        “memuji seorang sama seorang itu ampuh namanya, mengeji dikhalayak itu cabaran.” Saya hairan bagaimana tuan boleh mentafsir ayat di atas ke arah yang songsang , berlainan dengan orang lain.. mau tergelak saya. Dan tuan tolonglah jangan perasan yang saya beria-ia nak songsangkan pemikiran tuan. Saya cuma beri pendapat. Kalau ok, terimalah. Tak ok, it ok to me. Doesn’t Matter. Satu lagi, saya harap sangat tuan beri respon terhadap komen-komen saya yang lain dalam post2 yang lain, anggaplah seperti menjaga hati tetamu. Lagi pun saya risau, kalau-kalau tiada orang lagi yang berkunjung dalam blog tuan. Sebabnya saya lihat, tiada komen lain pun selain komen saya. Tak tahu lah kalau tuan dah delete or ban. Take note!. Berkenaan dengan cabaran tuan , insyaALLAH akan saya tunaikan. Saya harap tuan dapat menjadi pembaca komen saya yang pertama. Saya akan maklumkan kemudian.
        Tuan ingat saya suka sgt nak berhujah dengan tuan? Kalau boleh ajak lah yang sama umur atau setidak-tidaknya lahir dalam zaman saya untuk berdepan dengan hujah saya. Saya terus menanti perubahan yang dibawah oleh UMNO Tuaran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Tuaran dan agensi-agensi lain yang berkenaan, selepas pengubalan perlembagaan baru parti keramat yang saya dan tuan sanjung.
        *p/s-I hv noticed u are Pengerusi JKKK Kg. Batangan Baru, so tidak hairan lah MID untuk masyarakat tuaran diletakkan di sana.
        Salam 1 Malaysia!

      • jomotuaran
        Oct 24, 2009 @ 01:46:53

        Saudara! kalau nak sembang politik carilah orang yang sama lebal dengan saudara. Dengan modal membaca 4, 5 inci tebal buku berkaitan politik dan pendidikan yang tinggi saya rasa tidak memadai sembang di media. Saudara perlu juga bergaul dengan orang-orang politik untuk menambah pengetahuan bagi mengilap kertampilan saudara walaupun kecenderongan saudara sekadar menjadi seorang pengkritik. Saya nasihatkan saudara mendampingi orang politik untuk mendapatkan pengelaman mereka dan menambah pengetahuan saudara dan bukannya untuk mengubah mematangan mereka. Saya kesan pengetahuan saudara terhadap politik terlalu rendah.

        Tentang saudara memperlekehkan standard penulisan saya. Saya tak kisah kerana bukan saudara sahaja yang menilai penulisan saya walaupun saudara tidak membaca tulisan-tulisan saya yang lain. Itu hak saudara!. Saya menulis sejak saudara masih hingusan lagi. Memang pada ketika itu saudara belum tahu membaca. Walau pun saudara memperlekeh penulisan orang seperti saya, tapi ianya mendapat tempat ( paparan ) di media umum. Tapi melihat penulisan saudara di blog saudara, terutamanya yang bermotif politik dan komen-komen saudara dalam blog saya, saya rasa tak laku dan tak diterima oleh pengarang media umum. Alasannya memudaratkan media berkenaan dan diri saudara sendiri. Ini kerana saudara tidak dapat membezakan kenyataan umum dengan kenyataan yang menyentuh peribadi orang-orang tertentu. Sebagai seorang yang berpendidikan saudara seharusnya tahu etika tersebut dan tahu media maya juga sudah ada akta. Bukan untuk menyekat kebebasan media tetapi untuk melindungi orang lain dari kenyataan yang berunsur fitnah seperti beberapa kenyataan yang saudara lemparkan kepada saya.

        Belalang!!! buatkan lagi satu cawan kopi untuk tetamu bapa.

  2. aeSALNO
    Oct 24, 2009 @ 06:45:08

    Seorang yang kononnya telah matang, bagi respon macam tuh? itu sikap yang kurang matang tuan… Menyerang secara membabi buta! mcm ni lah..hahaha! mungkin saya masih mentah dalam politik, tapi jika orang yang masih mentah dan berada dalam parti politik yang sama dengan tuan pun, tuan tak dapat patahkan hujah dan menjawab apa yang patut, macamana nak berhujah dengan pembangkang dan pertahankan UMNO? kalau nak sembang kematangan politik yang tuan timbah di Tuaran selama berpuluh-puluh tahun, baik tak usah bermegah-megah…saya jelas dengan cara berpolitik di tuaran, terutamanya ahli2 politik bawahan macam tuan.. nasihat saya, tuan jagalah kampung tuan bebaik, saya risau kalau2 ada suara orang baru yang lebih lantang menidakkan kepimpinan tuan sebagai pengerusi JKKK dan sebagainya.. Saya akan ingat kata2 tuan sebagai cabaran.. sebagai contoh bagaimana seorang ahli UMNO terdahulu menidakkan pendapat ahli UMNO yang masih mentah dan kurang matang kununnya..
    assalammualaikum…?
    P/s – Harap2 semua JKKK dan Ketua Kampung akan ada seminar ataupun forum yang membincangkan masalah kampung masing2..

    Balas

    • jomotuaran
      Oct 26, 2009 @ 06:07:03

      Nampaknya saudara amat tertekan oleh kopi belalang yang saya sajikan untuk saudara. Itu saja sajian yang saya untuk tetamu yang ego seperti saudara. saudara amat tertekan sehinga menyentu soal peribadi dengan memberi cadangan yang kebudak-budakan. Itukan sajakah tahap pemikiran yang saudara pelajari selama ini. Saya rasa saudara berhenti saja memberi komen kepada yang menyentuh peribadi saya. Saya lihat saudara semakin tenat. Khuatir juga saya, saudara bertindak di luar kewarasan seorang manusia yang normal. Sekarang pun saya lihat ada tanda-tandanya bila saudara semakin merapuh setelah menghirup kopi pak belalang yang saya sajikan kepada saudara. Nampaknya saudara semakin tidak dapat mengawal tahap kewarasan saudara.

      Akui saja ini sebagai titik tolak bagi saudara belajar tentang keupayaan diri memahami pemikiran orang lain dan menilai tahap pemikiran diri. Sekali lagi saya tegaskan, saya langsung tak berselera sembang politik dengan tahap pemikiran seperti saudara lebih-lebih lagi di media.

      Wassalam dan sayunarah!!

      Balas

      • aeSALNO
        Oct 26, 2009 @ 13:32:47

        bah…palap2 jo.. memang pemikiran x sama… saya sembang lain…tuan ulas lain… sampai kiamat pun xkan selesai… bikin heran jugak..
        P/s – Kopi pak belalang bukan untuk budak zaman ini… dan saya akan pastikan kopi pak belalang tuan akan jadi kopi jantan paling tidak pun kopi janda..

  3. aeSALNO
    Oct 24, 2009 @ 06:56:09

    lagi satu, dah alang2 tgk blog aku tuh, responlah sikit… setidak-tidaknya menidakkan apa yang aku fikirkan itu adalah benar…
    kalau mutu diambil kira, bek ambik UPSR atau yang lebih tinggi sikit PMR, nanti adalah orang yang akan nilai..
    Yang penting sekarang ni, pendapat dan pandangan! kalau yang aku kata xbenar, sila2 lah membangkang…
    itu pun xfaham2

    Balas

  4. aeSALNO
    Oct 26, 2009 @ 13:35:49

    saya banding2kan juga komen saya dan komen tuan yang lepas2… saya pun xtau tang mana saya kelihatan tenat.. padahal yang tak menjawab itu lagi kelihatan tenat… k lah..setemu jo tei balik..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: