Melakar Sejarah Membina Bangsa

Kehidupan masyarakat nelayan tidak dapat dipisahkan dengan panorama laut. Bagi mereka laut diumpamakan sebagai ladang terbuka yang melimpahkan rahmat dan sumber rezeki bagi mereka meneruskan kehidupan, membina keluarga dan masyarakat sejak dahulu kala lagi. Oleh kerana itulah masyarakat nelayan membina penempatan secara berkelompok di tepi-tepi laut. Tidak kurang juga masyarakat ini membina rumah-rumah mereka di atas air. Banyak factor yang mendorong mereka untuk mendirikan rumah di atas air. Di antaranya ialah memudahkan mereka menambat perahu, memungah hasil tangkapan dan menyimpan perkakasan menangkap ikan dan sebagainya. Selain dari itu, laut juga memudahkan perhubungan di antara mereka dan dengan masyarakat luar. Ada di antara masyarakat nelayan yang tidak memikirkan soal memiliki tanah daratan untuk mengubah nasib mereka atau untuk mendapatkan tapak rumah untuk hidup lebih selesa tanpa ancaman  pasang surut air laut. Kehidupan tradisi masyarakat nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada sumber laut telah menjadikan mereka seolah-olah terpinggir dalam arus pembangunan perdana yang berlaku dalam sesebuah Negara seperti Malaysia.

Kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional amat prihatin terhadap setiap lapisan masyarakat rakyatnya. Seperti masyarakat-masyarakat lain, kerajaan tidak pernah mengabaikan masyarakat nelayan. Beberapa agensi telah memainkan peranan untuk memantau dan membantu masyaarakat ini seperti, jabatan kebajikan, Pejabat Daerah, Jabatan Perikanan, Ko-Nelayan, Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia, Jabatan Pertanian dan sebagainya telah diberi peranan untuk membantu masyarakat nelayan agar tidak terpinggir dalam arus pembangunan Negara.

Sumbangan masyarakat nelayan terhadap kegiatan ekonomi dan pemakanan rakyat dalam sesebuah Negara tidak dapat dinafikan. Ini kerana ikan adalah sebahagian daripada keperluan makanan yang membekalkan sumber protin kepada tubuh badan manusia. Kerana pentingnya golongan masyarakat nelayan sebagai sebahagian daripada komponen masyarakat dalam sesebuah Negara, kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional telah merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi membantu dan membangunkan masyarakat nelayan sama ada dari segi prasarana ataupun pembangunan insan  selaras dengan dengan gagasan kerajaan Barisan Nasional yang diutarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Satu Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

 

Kg. Mengkabong dan Kg. Penimbawan adalah di antara perkampungan masyarakat nelayan yang masih mengekalkan kehidupan tradisi sebagai perkampungan nelayan di atas air. Hampir keseluruhan penduduk-penduduk di dua buah perkampungan ini tidak memiliki tanah daratan untuk memindah tempat kediaman mereka walaupun sebahagian daripada mereka tidak lagi menjadikan  nelayan sebagai sumber pendapatan. Ini kerana generasi muda yang telah berpendidikan dari keluarga nelayan telah ramai berkerja dengan kerajaan, syarikat swasta dan lain-lain sector yang menawarkan pendapatan yang lebih baik dari kehidupan sebagai seorang nelayan. Namun demikian bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengubah atau membangunkan perkampungan  nelayan di atas air untuk menjadi perkampungan yang moden. Oleh kerana itulah perkampungan di atas air seperti Kg. Mengkabong dan Kg. penimbawan amat unik di mata masyarakat luar khususnya kepada pelancong luar Negara. Namun demikian keunikan tersebut telah menjadi aset kepada agensi pelancongan untuk ditawarkan sebagai salah satu daya tarikan yang menakjubkan untuk dilawati oleh pelancong dari luar khususnya dari Eropah yang menjadi pelanggan mereka. Tidak dapat dinafikan kewujudan perkampungan nelayan di atas air khususnya Kg. Mengkabong telah menyumbang kepada pembangunan sector pelancongan yang terdapat di Daerah Tuaran dan negeri Sabah amnya.

Bagi masyarakat perkampungan di atas air banyak perkara yang menyebabkan mereka terpinggir dalam arus pembangunan perdana seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia yang mendiami tanah daratan. Kewujudan rumah-rumah di atas air secara semulajadinya dalam keadaan yaung tidak tersusun. Keadaan ini menyukarkan pihak kerajaan menyalurkan kemudahan seperti bekalan air paip dan elektrik yang menjadi keperluan asas kepada rakyat. Biasanya rumah-rumah di atas air menerima peruntukan kerajaan seperti  membina jambatan kayu sebagai perhubungan dan jeti nelayan sebagai kemudahan. Namun kemudahan-kemudahan ini tidak bertahan lama kerana terdedah kepada matahari dan hujan yang menyebabkan kayu-kayu jambatan atau jeti menjadi reput dan rosak. Keadaan ini menyebabkan kerajaan memperuntukan bantuan yang berterusan dan berulangkali. Begitu juga dengan struktur rumah penduduk kampong di atas air tidak bertahan lama kerana akan menjadi condong bila tiang tiang rumah terbenam dalam air. Kerana itulah kalau kita melawat rumah-rumah di Kg. Mengkabong dan Kg. Penimbawan banyak yang condong dan tidak selamat dan tidak selesa didiami oleh pemiliknya. Penduduk kampung di atas air juga terdedah kepada bahaya air pasang surut khususnya pada setiap hujung tahun. Keadaan ini sering meresahkan mereka kerana air pasang biasanya melepasi lantai rumah menyebabkan mereka tidak tidur lena kerana takut air pasang di luar jangkaan boleh mendatangkan musibah kepada keluarga mereka.

Menyedari hakikat ini ADUN N. 10 Sulaman YB. Datuk Haji Hajiji Hj. Noor yang menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan  yang juga menjadi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah telah memperjuangkan nasib penduduk di Kg. Mengkabong dan Kg. Penimbawan untuk mendapatkan peruntukan dari kerajaan bagi mengubah struktur kampung dan penduduk kampung berkenaan. Kg. Penimbawan adalah kampung dalam Daerah Tuaran yang terawal mendapat bantuan kerajaan menerusi Projek Skim Pembangunan Kesejesteraan Rakyat Luar Bandar. Projek ini iaitu pembinaan 228 buah rumah PPRT dilaksanakan di atas tapak seluas 22 ekar yang telah ditimbus berhampiran perkampungan tersebut . Pada masa ini pembinaan fasa pertama di tapak seluas 14 ekar untuk 168 buah rumah hampir siap dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2010. Dengan pelaksanaan projek ini, penduduk kampung yang selama ini diulit resah akan mampu hidup lebih selesa. Penduduk Kg. Penimbawan yang sebilangan besarnya masyarakat nelayan bukan sahaja memperolehi rumah sendiri di atas tanah darat, tetapi juga mendapat pemasangan bekalan elektrik dan air ke setiap rumah. Selain daripada itu setiap rumah penduduk kampung dihubungkan dengan kemudahan jalan raya yang telah dinaikkan taraf yang dihubungkan dengan Kg. Lok Nunuk sejauh 5 kilometer. Pembangunan rumah tersusun di kampung ini juga dilengkapi dengan pembinaan pelbagai kemudahan awam seperti klinik kesihatan, taman bimbingan kanak-kanak, surau dan jeti nelayan.

Di Kg. Mengkabong, satu perkampungan nelayan di atas air yang terbesar dan tertua di Negeri Sabah telah menikmati pembangunan yang serupa dengan Kg. Penimbawan. Kg. Mengkabung yang terdiri daripada rangkaian lapan buah kampung telah mendapat peruntukan besar dari kerajaan pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) yang disalurkan kepada FELCRA Bhd. Sebagai agensi penyelaras telah mendapat peruntukan 40 juta ringgit Malaysia untuk membangunkan 1,000 unit rumah bagi menaik taraf dan penyusunan semula Kg. Mengkabung. Rumah-rumah tersebut akan didirikan di atas tanah tapak kampung asal yang ditimbus oleh kerajaan Negeri dengan peruntukan yang serupa. Pada masa ini projek penyusunan semula Kg. Mengkabong telah bermula dan fasa pertama hampir siap. Inilah perubahan besar yang melakar sejarah membangun bangsa yang dikecapi oleh masayarakat nelayan di Kg. Penimbawan dan Kg. Mengkabong hasil perjuangan wakil rakyat yang unggul di kawasan berkenaan dan   keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: