PEMUDA UMNO GEGAR TUARAN

TAHNIAH! Kepada Ketua Pemuda UMNO Tuaran Sdr. Kassim Hj. Razali kerana telah Berjaya mengegarkan Tuaran dengan program GEGAR II yang diadakan pada 6 Jun 2009. Program yang dihadiri oleh ramai di kalangan belia dan pemimpin-pemimpin masyarakat akarumbi telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Hajiji Bin Hj. Noor sememangnya amat berketepatan dan bermakna khususnya sebagai satu wadah untuk memanduarah generasi muda memahami halatuju kepimpinan Negara. Satu kejayaan yang jelas dalam program yang dianjurkan oleh Sdr. Kassim Razali ialah melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua pemuda untuk membentuk rangkaian kerja dan penghubung generasi muda kepada barisan kepimpinan bahagian. Sdr. Kassim telah Berjaya menyediakan platform kepada Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah selaku ketua UMNO Bahagian yang juga ADUN N.10 Sulaman Tuaran untuk sentiasa dekat dan merapatkan diri kepada golongan muda. Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negari, yang sentiasa padat dengan jadual kerja yang tidak mengira waktu, YB Datuk Hj. Hajiji Hj. Noor sememangnya memerlukan pemimpin-pemimpin muda seperti sdr. Kassim untuk membantu kesinambungan kepimpinan beliau.
Pemimpin bertanggungjawab sentiasa mendekatkan dan merapatkan diri kepada rakyat khususnya golongan muda ( belia dan beliawanis) bagi menterjemah dan memanduarah mereka agar sentiasa berfikiran positif dan inovatif selaras dengan pandangan dan nasihat YB Datuk Hj. Hajiji kepada golongan muda dalam ucapan pelancaran beliau yang mahukan golongan muda terlibat secara langsung dalam pembangunan social, ekonomi dan sebagainya. Dalam pembangunan ekonomi beliau menyeru golangan muda menceburi bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan tanpa merasa malu dan segan biarpun sekadar menjual kuih sebagai titikmula untuk membina kerjaya sebagai seorang peniaga tanpa bergantung kepada bantuan orang lain. Beliau menegaskan golongan muda sebagai penerus perjuangan bangsa untuk mencorak masa depan Negara.
Dari sudut dan situasi politik semasa yang berlaku masa kini tidak dapat dinafikan golongan muda hari ini mempunyai tanggapan dan kecenderongan yang kurang memihak kepada kepada parti yang menjadi kerajaan khususnya Komponen Barisan Nasional (BN). Ini terbukti dalam keputusasn pilihan raya ke 12 yang lalu kebanyakan golongan muda telah mempertaruhkan undi mereka kepada pakatan pembangkang walaupun tidak jelas halatujunya. Fenomena ini telah menyebabkan kekalahan BN di beberapa negeri di Semenanjung seperti Pulau Pinang, Kedah, Selanggor dan Perak. Begitu juga dengan negeri-negeri lain pengundi BN dari golongan muda telah mengalami kemerosotan. Dalam soal ini banyak factor yang perlu difahami dan diberi perhatian oleh barisan kepimpinan parti komponen untuk terus kekal dan mengunguli pemerintahan negara. Perkara ini sememangnya telah dimaklum dan diakui oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden parti UMNO dan BN. Beliau secara ikhlas, jelas dan tegas mahukan pemimpin-pemimpin parti komponen BN melakukan proses introspektif, iaitu menilai segala kelemahan sendiri secara jujur dan berani membuat perubahan, jika mahu terus kekal pada masa depan. Beliau mengatakan “kalau kita tidak berubah, kita akan rebah”. Jelasnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 56 Parti Progresif Penduduk (PPP).
Berfokas kepada usaha yang telah dilakukan oleh Sdr. Kassim dalam penganjuran program GEGAR II di Pekan Tuaran sekurang-kurangnya telah merapatkan jurang pemikiran golongan pemuda dengan barisan kepimpinan bahagian khususnya di Tuaran. Dengan penganjuran program yang seumpama ini, yang mengetengahkan aktiviti dan citarasa golongan muda seperti pertujukan modifikasi system audio kenderaan, pameran motor berkuasa tinggi dan mini bike telah berjaya menarik perhatian golongan muda untuk hadir menyertai progam tersebut. Dengan penonjolan aktiviti yang menjadi kecenderongan golongan muda, sekurang-kurangnya sebagai satu pengiktirafan kepada mereka untuk turut terlibat dalam mencorak sosiopolitik Negara. Di samping itu, program seumpama ini juga berupaya menyelitkan kesedaran kepada golongan muda terhadap gejala dadah dengan mengadakan pameran penyalahgunaan dadah dari Anti-Narkotik Polis DiRaja Malaysia Tuaran dan keselamatan di jalan raya oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya. Selain daripada itu golongan muda juga dilibatkan secara langsung dalam parti politik dengan mengadakan pendaftaran keahlian UMNO dan pendaftaran pemilih bagi menentukan kepimpinan Negara berterusan.
Peranan pemuda dalam mencorak masa depan Negara tidak dapat dinafikan, seperti kata pujanga Presiden Sukarno yang diungkapkan oleh Sdr. Kassim dalam ucapan alu-aluannya “ berikan saya 10 orang pemuda, nescaya akan ku goncang dunia ini” . Kata-kata yang dicetuskan oleh pemimpin unggul Indonosia yang juga bapa kemerdekaan Negara tersebut telah membakar semangat generasi muda ketika itu untuk turut berjuang bermati-matian menuntut kemerdekaan dan seterusnya turut membangunkan Negara yang mempunyai penduduk ke 3 teramai dan tertumpat di dunia. Kata-kata pujangga tersebut telah menjadi inspirasi kepada Sdr. Kassim untuk mengerakkan dan memanduarah pergerakan pemuda UMNO Tuaran yang berinovatif dan positif kepada perubahan semasa. Semoga hasrat yang tersirat yang cuba diungkaikan oleh Sdr. Kassim melalui program GEGAR II dan program-program yang seterusnya akan terus mendapat sokongan dan dokongan daripada rakan-rakan seperjuangan untuk terus mengembling tenaga muda bagi mencorak masa depan Negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: