LATARBELAKANG KAMPUNG BATANGAN BARU.

Kampung Batangan Baru terletak di Selatan Daerah Tuaran. Dipisahkan oleh Sungai Karambunai yang menjadi sempadan dengan Daerah Kota Kinabalu iaitu daerah yang terletaknya Bandaraya Kota Kinabalu. Kedudukannya berhampiran dengan kuala Sungai Mengkabung dan Sungai Karambunai yang dikenali sebagai Tanjung Karambunai dan Tanjung Badak. Oleh kerana Kampung Batangan Baru berhampiran dengan laut, terbentuk sebuah lagoon yang dikenali dengan nama Teluk Terobong yang menjadi sebahagian daripada landscape perkampungan nelayan.

Kampung Batangan Baru mempunyai keluasan kira-kira 500 ekar persegi. Namun demikian sebahagian daripada keluasan tersebut telah diambil alih oleh pembangunan agensi kerajaan seperti Syarikat PETRONAS, Pusat Latihan RELA Sabah, Jalan Raya Sulaman dan lain-lain. Kampung Batangan Baru termasuk dalam Daerah mengundi Gayang juga dikenali kawasan Kiulu Pantai. Kampung-kampung yang berhampiran dengan Kampung Batangan Baru ialah Kampung Gayang (utara), Kampung Lapasan (timur), Kampung Karambunai Baru (tenggara) dan Kg. Karambunai (Selatan) iaitu kampung dalam Daerah Kota Kinabalu.

Kampung ini juga mempunyai kawasan terbiar yang luas. Ini kerana sebahagian tanah-tanah geran telah bertukar milik kepada orang luar yang terdiri dari tokoh-tokoh koprat, orang-orang kaya dan pemimpin-pemimpin besar yang tidak tinggal di Kg. Batangan Baru. Berdasarkan anggaran kasar hanya tinggal 40% keluasan tanah Kampung Batangan Baru yang masih menjadi milik penduduk kampung iaitu 15 % tanag geran dan 25 % tanah permohonan.   

Oleh kerana Kampung Batangan Baru terletak di pinggir Bandar Kota Kinabalu, pada tahun 1995 kerajaan telah mencadang kawasan Kampung Batangan Baru terlibat dalam Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP). Bermula pada tahun berkenaan tanah-tanah permohonan penduduk kampong telah dibekukan proses pengeluaran geran yang telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk kampung.  

Dari segi taraf hidup, ramai penduduk kampung telah pencapaian akedemik yang baik terutamanya generasi muda dan sebilangannya telah berkerja dengan kerajaan dan swasta. Namun demikan masih terdapat penduduk kampung yang mengekalkan kehidupan tradisional sebagai nelayan dan petani.    

 Sejarah Kampung

 Kampung Betangan Baru bukanlah sebuah kampung yang baru wujud dalam Daerah Tuaran. Walaupun kewujudannya secara rasmi pada awal tahun 80an, ianya telah didiami oleh masyarakat petani semenjak belum merdeka lagi. Batangan Baru pada asalnya adalah kawasan perkampungan sawah padi bagi penduduk dari kampung-kampung berdekatan. Mereka mendiri sulap-sulap yang didiami semasa musim bersawah padi dan kembali selepas menuai ke perkampungan ramai di Kampung Gayang untuk meneruskan kehidupan sebagai nelayan. Namun demikian terdapat juga  beberapan keluarga yang mendiaminya secara tetap. Pada ketika itu Kampung Batangan Baru adalah sebahagian daripada kawasan pentadbiran Kampung Gayang.

Pada penghujung tahun 70an telah wujud kesedaran di kalangan penduduk yang mendiami kampung ini secara tetap untuk mengwujudkan pentadbiran sendiri, namun demikian oleh kerana penduduknya tidak ramai, lebih kurang 40 orang yang terdiri dari 8 buah keluarga sahaja tidak layak untuk mendapat pentadbiran sendiri dari pihak kerajaan. Pada awal tahun 80an, telah berlaku telah berlaku krisis politik di kalangan penduduk Kampung karambunai dengan Pentadbir Tanah Karambunai. Krisis ini telah menyababkan penduduk yang terlibat mencari tempat penghijaran bagi meredakan tekanan dari pentadbir dan pemilik Tanah Karambunai. Perstiwa ini telah menyumbang kepada pertambahan penduduk di Kg. Batangan Baru bagi mengwujudkan sebuah perkampungan berdaftar. Salah seorang penduduk kampung yang telah berusaha keras untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah kampung, iaitu Tuan Haji Ag. Mattiasin telah dilantik oleh kerajaan untuk menjadi ketua kampung bagi Kampung Batangan Baru.

Kampung Batangan Baru telah diwujudkan secara rasminya telah mendapat pengiktirafan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dari pihak kerajaan melalui sijil JKKK yang ditandatangani oleh Claudius Sundang Alex selaku Ketua Pengarah Unit Kemajuan Rakyat yang bertarikh 30 Ogos 1989 dan Hj. Ag. Mattiasin Bin Ag. Amit adalah pengerusi JKKK yang pertama. Nama asal Kampung Batangan Baru ialah Kebatangan atau Batangan sahaja, tetapi oleh  kerana nama tersebut ada persamaan dengan nama kampung yang terletak dekat Pekan Tuaran, Kampung Batangan yang baru berdaftar telah ditambah perkataan Baru. Menurut pengertian penduduk tempatan perkataan Batangan adalah  permatang atau sawah padi. Oleh kerana itulah nama asal Kampung Batangan Baru ialah Batangan atau Kebatangan  yang membawa maksud pergi ke kawasan sawah padi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: